Pembandaran

PERBANDARAN YANG BERLAKU


Negara Membangun

Negara membangun merupakan negara yang merujuk kepada negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran tertentu seperti dari segi aras pemilikan keselesaan terhdap kebendaan adalah tinggi. Bagi negara maju, trend pembandaranya menjadi semakin perlahan kerana proses pembandarannya sudah lama berlaku dan mencapai tahap tepu. Tahap tepu ini merujuk kepada pembandaran yang telah berlaku secara menyeluruh di sesebuah negara. Keadaan ini menyebabkan migrasi masuk ke bandar menjadi berkurangan kerana hampir keseluruhan kawasan telah pun bersifat bandar.

Negara Sedang Membangun

negara sedang membangun merujuk kepada satu istilah yang menunjukkan atau menggambarkan sebuah negara yang mempunyai satu aras keselesaan kebendaan yang rendah. Negara yang sedang membangun ini mengalami kadar pembandaran yang pesat. Hal ini demikian kerana, berlakunya aliran migrasi masuk yang tinggi penduduk terutamanya dari luar bandar ke bandar. Migrasi keluar dari wilayah metropolitan ke pinggiran kini telah menjadi satu trend global kini dan proses migrasi ini telah menyebabkan rebakan bandar (Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah, & Hussin Abdullah, 2015). Migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk luar bandar ingin mendapat kehidupan yang lebih baik dan moden yang disediakan di bandar dan ini menyebabkan berlakunya rebakan bandar dengan cepat di negara sedang membangun.


Perbandigan
perbezaan yang ketara adalah kepesatan trend pembandaran itu sendiri dimana negara maju mengalami trend pembandaran yang perlahan berbanding dengan kepesatan trend pembandaran di negara sedang membangun.



1. Proses pembandaran ini memerlukan memerlukan tenaga yang banyak dalam melakukan pembangunan di bandar itu sendiri. Oleh yang demikian, jumlah penduduk yang tinggi diperlukan dalam memenuhi pasaran pekerjaan yang disedikan.

Comments

Popular posts from this blog

BANDAR RAYA GLOBAL

BANDAR RAYA MEGA