PEMBANDARAN

PEMBANDARAN



Bandar Raya Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur kini merupakan bandar raya yang sibuk dengan pelbagai kegiatan ekonomi. 
Ramai penduduk akan berkunjung ke bandaraya ini untuk menikmati kemodenan teknologi yang tersedia.



Makna Pembandaran

Pembandaran merupakan suatu proses perubahan penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan, kegiatan ekonomi, pemikiran manusia, dan lainnya kearah bandar
Menurur Kingsley Davis iaitu pakar dalam kajian penduduk, suatu proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap bandar.


Kepentingan Pembandaran 

Pembandaran ini member impak yang positif kepada negara sedang membangun dan negara mundur. 
Pembandaran ini amat penting kepada negara sedang membangun dan mundur kerana menyebabkan berlakunya peningkatan bilangan penduduk terutamanya negara sedang membangun seperti Malaysia dan Thailand yang mempunyai bilangan penduduk yang rendah. Ini kerana pembandaran ini akan menyebabkan peningkatan bekalan tenaga kerja untuk pelbagai sektor seperti perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan.
Kepelbagaian aktiviti akibat pembandaran yang berlaku mengakibatkan terdapatnya kepelbagaian ekonomi bandar yang membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Contohnya seperti bandar raya Kuala Lumpur dan Metropolis Bangkok. Pembandaran dan peluasan bandar telah membentuk dan menggubah pola petempatan di kawasan pinggir wilayah metropolitan (WM) di kebanyakan negara membangun (Rostam, Rosul, Choy, Rahim, & Nor, 2010). Ini menunjukkan berlakunya perkembangan yang baik dalam sebuah negara dengan adanya pembandaran.
Pembandaran yang berlaku sememangnya mampu meningkatkan ekonomi negara sedang membangun dan mundur. Ini kerana, ia mampu meningkatkan dan merancakkan perkembangan idea dalam mencari peluang untuk memajukan diri oleh penduduk. Contohnya, melibatkan diri dengan kegiatan ekonomi dengan menjadi usahawan.

Comments

Popular posts from this blog

BANDAR RAYA GLOBAL

BANDAR RAYA MEGA

Pembandaran